Poliklinik Ar Razi

Poliklinik Ar Razi Raih Anugerah E50: Bukti Keunggulan dan Dedikasi PMKS Tempatan

Kuantan, 28 Oktober 2024 – Poliklinik Ar Razi mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila syarikat induknya, Mekar Medik Sdn. Bhd. (Poliklinik Ar Razi Perubatan & X-Ray), terpilih sebagai salah satu penerima Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 dan berjaya menduduki tempat ke-33 daripada 50 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia.

Anugerah Enterprise 50 (E50) merupakan program pengiktirafan berprestij yang dianjurkan oleh SME Corporation Malaysia dengan kerjasama Deloitte. Ia bertujuan mengiktiraf pencapaian 50 PMKS terunggul di negara ini, serta mendorong syarikat tempatan untuk terus cemerlang dan memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi negara.
Pemenang dinilai berdasarkan prestasi kewangan dan operasi syarikat secara menyeluruh, menjadikan anugerah ini salah satu ukuran kualiti dan daya saing paling berprestij dalam kalangan PMKS.

Kejayaan ini adalah bukti nyata dedikasi, ketekunan dan profesionalisme tinggi warga kerja Poliklinik Ar Razi dalam melaksanakan amanah perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Pengarah Poliklinik Ar Razi, Dr. Fahmi, menyifatkan pencapaian ini sebagai satu motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk semua warga kerja agar terus ikhlas, tekun dan berdedikasi dalam memberikan rawatan berkualiti kepada masyarakat,” katanya.

Dengan semangat yang sama, Poliklinik Ar Razi komited untuk terus menjadi antara penyedia penjagaan kesihatan swasta pilihan utama di Malaysia.

Scroll to Top